About Us
Health Builders (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1998. Ia diasaskan oleh tiga tokoh yang berwibawa dalam dunia keusahawanan, Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Yang Amat Mulia Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail dan Encik Kennedy Tan. Satu nama yang sinonim dengan industri jualan langsung, Health Builders menjalankan bisnes berbilang tingkat atau MLM. Ia didaftarkan sepenuhnya di bawah Lesen Jualan Langsung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan lesen No AJL931076. Berpegang kepada falsafah ‘Bersama Mencipta Kecemerlangan’, Health Builders merupakan sebuah syarikat jualan langsung tempatan yang sedang menempa nama. Rangkaian produk kami yang unik telah secara automatik, melonjakkan nama kami di pasaran jualan langsung tempatan. Selama lebih satu dekad, Syarikat dikenali menerusi produk-produk yang hebat dan berkesan, serta pelan pemasaran yang menarik. Sehingga kini, kami mempunyai lebih 140,000 pengedar dan 400 stokis di seluruh Malaysia. |
|
Komitmen kami ialah untuk memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik. Dengan usaha yang berterusan, kami yakin lebih ramai orang akan menikmati kejayaan bersama. Kami bertekad membantu mereka untuk membina kehidupan yang lebih bermakna … baik dari segi kewangan mahupun kesihatan. Syarikat yang memasuki tahun ke dua puluh empat operasinya, kini diterajui oleh En Kennedy Tan sebagai Pengarah Urusan dan YM Tengku Ariez Hazaril Tengku Abdul Halim sebagai Pengarah Eksekutif. |